Turki Tulip 10H7M 16-25 April 2016

Ankara, Ankara, Turkey (0)
from/per person MYR4,980.00
  • Full Board Tour
  • Flight
  • Groups Allowed
  • Meals
  • Tour
  • Tour Guide
  • Transport

Description

ANKARA – CAPPADOCIA – KONYA – PAMUKKALE – BURSA – ISTANBUL

HARI 01   16 APR 2015 KUALA LUMPUR  – ANKARA

Berkumpul di KLIA Aras 5 Pintu 6,  pada pukul  8:00 malam. Daftar masuk dan taklimat ringkas  sebelum berlepas. Penerbangan ke Ankara dijangka berlepas pada pukul 11 malam dan transit di Tehran selama 3 jam 20 minit.

 

HARI 02    17 APR 2015 ANKARA –  CAPPADOCIA (S/MT/MM)

Berlepas dari Lapangan Terbang Tehran Imam Khomeini pada pukul 720 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ankara pada pukul 9:00 pagi waktu tempatan. Penerbangan mengambil masa hampir 3 jam untuk tiba di Ankara. Peserta akan di jemput oleh wakil kami dan terus dibawa melawat ke Ataturk Mausoleum yang menempatkan artifak-artifak sejarah dan bahan penceritaan Bapa Kemodenan,  Mustafa Kamal Ataturk sebagai pengasas dan Presiden pertama negara Turki. Makan tengah hari & solat. Membeli belah di Anka Mall sebelum meneruskan perjalanan ke  Cappadocia. Dalam perjalanan, singgah melawat ke sebuah tasik air masin yang di kenali sebagai “Lake Tuz”. Daftar masuk hotel dan makan malam.

 

HARI 03   18 APR 2015 CAPPADOCIA (S/MT/MM)

# LAWATAN TAMBAHAN Menaiki Ballon Udara Panas di awal pagi dengan kos hampir USD220.00.  Peserta akan di bawa menjelajah ke Lembah-lembah yang unik di sekitar Cappadocia dengan pamorama yang indah dan berpeluang melihat matahari terbit dari ketinggian hampir 3000 kaki dari aras laut yang mengambil masa selama hampir 1 jam diawangan. Peserta juga akan di beri ‘Sijil pengiktirafan’ menaiki Hot Balloon. Balik ke hotel dan bersarapan pagi. Bersiap sedia untuk lawatan Cappadocia.

Seawal jam 9:00 pagi, peserta akan dibawa  ke Kaymakli Under-ground city  yang terkenal dengan terowong2 tanah berusia ribuan tahun. Ianya didiami oleh orang kristian dahulu kala. Makan tengah hari dan lawatan di teruskan lagi ke Fairy Chimneys, Goreme Open Air Museum, Uchisar castle dan Goreme Valley. Balik ke hotel dan makan malam.

 

HARI 04    19 APR 2015          CAPPADOCIA – KONYA – PAMUKKALE (S/MT/MM)                                                                                                                          

Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel dan meneruskan perjalanan ke Konya. Ibu Kota Seljuk Turki ( Kesultanan Rom ) yang satu ketika dahulu pernah  berkembang pesat dan merupakan laluan Sutera buat para pedagang dari Benua Arab dan juga Benua Eropah. Atas kebanjiran para pedagang ini, pada kurun ke – 13 maka terbinalah Sultanhani Caravanserai – sebuah tempat penginapan buat  para pedangang dan tempat penyimpanan binatang-binatang yang dibawa. Makan tengah hari dengan hidangan lazat pizza Turki, salat, sup, nasi bersama daging kebab dan bersolat. Lawatan diteruskan lagi ke Muzium Mevlana yang mempamerkan bahan sejarah serta artifak-artifak yang berkait rapat dengan ahli Sufi. Tidak ketinggalan peserta juga boleh melawat  Makam-makan Ahli Sufi di bangunan bersebelahan. Berangkat ke Pamukkale, daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 05   20 APR 2015   PAMUKKALE  (S/MT/MM) 

Berkumpul di lobby jam 8:00 pagi dan meneruskan perjalanan ke Kota Osman Ghazi, Bursa. Singgah sebentar di Perkampungan Cumalikizik, sebuah perkampungan yang masih mengekalkan seni bina pertama Empayar Uthmaniah dan terletak di kaki Gunung Uludag. Perjalanan di teruskan lagi dengan menikmati keindahan Ulucami / Grand Mosque yang dibina pada 1399 dengan bercirikan seni bina Uthmaniah. Masjid ini juga merupakan masjid terbesar di daerah Bursa dan memiliki kubah masjid yang paling banyak diantaran kesemua masjid di Turki. Yang menariknya, masjid ini dibina atas pembayaran nazar Sultan atas kemenangan menakluki bumi Bursa. Lawatan di teruskan lagi ke Silk Market atau lebih dikenali sebagai Koza Han Bursa – pelbagai pilihan barangan yang boleh di beli dengan harga yang berpatutan terutamanya barangan sutera dan juga kulit. Daftar masuk hotel dan makan malam.

HARI 06    21 APR 2015 BURSA – ISTANBUL (S/MT/MM)

Menikmati keindahan pagi di lautan Marmara dengan kicauan burung camar dengan menaiki ferry dari Terminal Yalova, Bursa ke Istanbul.  Setibanya di Istanbul, makan tengah hari di restoran Sultan Kosesi dan bersolat di Blue Mosque – Di bina antara tahun 1609 dan 1616, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Sultan Mahmed di kalangan warga Turki. Berkubah biru serta kedudukkanya yang amat strategik di dalam bandar Istanbul, menjadikan ia salah satu daya tarikkan yang amat popular buat para pelancong luar mahupun warga tempatan.  Menyaksikan pertembuangan dua agama di Ayasofya atau Hagia Sophia – sebuah Gereja Kristian yang telah ditukar kepada Masjid selepas pernaklukan Konstantinopal oleh Sultan Mahmed II. Masjid ini hanya bertahan selama 500 tahun sahaja dan sekali lagi Aya Sofia diubah fungsinya  kepada sebuah muzium semasa pemerintahan Kamal Atartuk pada tahun 1937. Makan malam dan daftar masuk hotel. Sebelum makan malam, membeli belah di Grand Bazzar. Daftar masuk hotel dan berehat.

 

HARI 07    22 APR 2015 ISTANBUL                    (S/MT/MM)

Membeli belah di Pasar Pagi Haseki yang tidak jauh daripada hotel tempat menginap, dan berkumpul semula di lobby hotel jam 11 pagi untuk makan tengah hari dan menziarahi makam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayyub al-Ansari di Eyup Sultan Mosque. Selain menjadi pilihan Allah untuk Rasullullah menginap di rumahnya buat kali pertaman Baginda tiba di Madinah, beliau juga merupakan salah seorang pahlawan Islam yang sama-sama berjuang menakluki Konstantinopal bersama Sultan Mahmed dan para tentera terhebat dunia. Melawat ke Leather Shop dan singgah sebentar di Tokapi Palace atau lebih dikenali dengan jolokkan “Istana Pintu Meriam” – Berkedudukkan di atas bukit menghala ke Lautan Marmara, menjadikan Istana ini sebuah tempat yang begitu indah dan berkepentingan pada zaman Othmaniyyah. Istana ini berubah fungsinya kepada muzium pada tahun 1924. Menempatkan pelbagai artifak-artifak Rasullullah SAW dan ahli keluarga serta para sahabat untuk tontonan umum. Tidak ketinggalan, terdapat juga barangan kemas kepunyaan Sultan Mahmed yang di pamerkan seperti Belian, Zamrud, Batu Delima dan banyak lagi. Bergambar kenangan di Festival Tulip yang sedang berlansung di sekitar Bandar Istanbul. Makan malam di restoran tempatan dan balik ke hotel.

 

HARI 08    23 APR 2015 ISTANBUL (S/MT/MM)              

Lawatan hari ke 8 diteruskan ke BosphorusCruise, menyaksikan keindahan kota 2 benua Asia – Eropah dengan menaiki bot persendirian menyusuri Selat Bosphorus ini akan  melalui bangunan – bangunan bersejarah seperti kota pertahanan Rumelian Castle, Masjid dan Istana Dolmabahce, Galata Tower, Masjid Sultan Suleiman, Tokapi Palace dan banyak lagi. Makan tengah hari di Galata Bridge dan bersolat di New Mosque. Membeli belah di Spice Market – pasar terbaik untuk merasai makanan tradisional Turki seperti Turkish Delight, Baklava, Apple tea dan palbagai pilihan makanan serta barangan kraftangan. Sebelum makan malam, peserta di bawa pula ke Taksim Square. Balik ke hotel dan berehat.

 

HARI 09    24 APR 2015 ISTANBUL  – KUALA LUMPUR (S/MT)              

Aktiviti bebas sebelum berangkat ke lapangan terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur melalui Tehran dengan memori indah dari  negara 2 benua, Turki.  Makan tengah hari disediakan di dalam pesawat.

 

HARI 10    25 APR 2015 KUALA LUMPUR (S)

Insha Allah di jangka tiba di Kuala Lumpur pada pukul 10:20 pagi waktu tempatan.  

           

PAKEJ TIDAK TERMASUK :-

*Perbelanjaan peribadi  *Lebihan bagasi

*Lawatan Tambahan   *Perkara yang tidak terdapat dalam aturcara

 

PAKEJ TERMASUK :-

 Tiket penerbangan ( KUL – ESB – IST – KUL )

 Cukai lapangan terbang & Insuran Perjalanan

 Penginapan bertaraf 4 bintang tempatan

 Pengangkutan berhawa dingin & wifi free

 Makan spt di dalam aturcara  & 1 Botol Air mineral  setiap hari

 Bayaran masuk ke tempat lawatan  seperti dalam aturcara

 Tips pemandu pelancong & pemandu bas

 Cenderamata dari Qs Travel Services Sdn Bhd

 


Powered by suiteholiday suite holiday.com