Sydney 6H4M 12 – 17 March 2016

Sydney NSW, Australia (0)
from/per person MYR5,580.00
  • Full Board Tour
  • Flight
  • Groups Allowed
  • Meals
  • Tour
  • Tour Guide
  • Transport

Description

HARI 1 12 MAC 2016 KUALA LUMPUR – SYDNEY (MM)        

Berkumpul di lapangan terbang KLIA2, selewat-lewatnya pada pukul 8:00 malam.  Peserta diberi taklimat ringkas sebelum daftar masuk bagasi. Dijangka berlepas ke Sydney jam 11:40 malam. Makan malam dalam pesawat.

HARI 2 13 MAC 2016 SYDNEY                (S/MT/MM)

Sarapan pagi dalam pesawat. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney pada pukul 0945 pagi waktu tempatan. Wakil kami telah sedia menanti. Sydney, lebih dikenali dengan sebutan “ Sydneysider” dikalangan warga Australia. Ia merupakan sebuah Bandar yang mempunyai populasi penduduk terbesar dan tertua berbanding 7 buah bandar yang lain. Memulakan lawatan di Harbour Bridge, Darling Harbour, King Cross dan The Rocks. Peserta juga turut di bawa bergambar kenangan di Sydney Opera House (pandangan luar sahaja) dan Mrs Macquarie’s Chair. Makan tengahari & malam di Halal restoran tempatan. Daftar masuk hotel untuk berehat.

HARI 3 14 MAC 2016 KOALA PARK  –  BLUE MOUNTAINS         (S/MT/MM) 

Meneruskan lawatan ke Koala Park Sanctuary – sebuah Taman Perlindungan milik persendirian yang terletak di West Pennant Hills. Ia akan membuatkan para tetamu yang datang akan jatuh cinta dengan keunikkan Koala serta kejinakkan binatang-binatang pelindungan yang lain seperti Kanggaru. Bagaikan tidak merasai masa berjalan begitu pantas, peserta dibawa pula memasuki Taman Negara Blue Mountains. Melihat keindahan Tree Sisters – puncak berbatu yang penuh dengan legenda Dreamtime Orang Asli dahulu kala, pasti peserta tidak akan kecewa biarpun perjalanan yang dilalui agak jauh. Selain itu peserta juga disajikan dengan kehijauan Megalong Valley dan Lembah Jamison. Singgah sebentar di Bandar Leura, bergambar kenangan dan membeli belah di  Store Candy 1,001 jenis gula-gula dari seluruh dunia terdapat disini. Balik ke hotel dan makan malam.

HARI 4 15 MAC 2016 SYDNEY CITY TOUR                             (S/MT/MM) 

Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa melawat disekitar Bandar Sydney. Menyusuri Pasar Ikan kedua terbesar di dunia selepas Japan, menikmati pemandangan indah Bondi Beach, Double Bay & Rose Bay. Disebelah petangnya, membeli belah di Paddy’s Market yang merupakan pasar tradisional terbesar di Sydney. Pelbagai produk daripada buah-buahan tropika yang eksotik, sayur-sayuran. Cenderamata juga ada dijual. Uniknya Paddy’s Market, ianya berada di bahagian bawah bangunan Chinatown’s Market City. Bergambar kenangan di Queen Victoria’s Building. Makan tengahari &  malam di restoran halal tempatan. Masuk hotel dan berehat.

HARI 5 16 MAC 2016 PORT STEHENS TOUR               (S/MT/MM) 

Berkumpul di lobi seawal jam 0800 pagi. Hari ini, peserta diberi peluang melihat dan mendengar bunyian Ikan Lumba-lumba Dolphin dan Ikan Paus dengan menaiki Cruise mewah – Moonshadow. Selain itu, peserta juga boleh melakukan aktiviti air sambil menikmati makan tengah hari secara buffet serta aktiviti 4WD Sand Safari dan Sand Boarding di persisiran pantai. Dengan ketinggian 40 meter tinggi, acara meluncur pasir ini telah menjadi aktiviti wajib buat pengunjung yang datang. Makan tengahari & malam di sediakan.

HARI 6 17 MAC 2016 SYDNEY – KUALA LUMPUR (S) 

Sarapan di hotel dan daftar keluar. Peserta akan dihantar ke Lapangan Terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa selama  7 jam 35 mi nit. In Sha Allah di jangka tiba di KLIA2 jam 5:30 petang waktu tempatan. Makan tengahari dalam pesawat.

CADANGAN TARIKH LAWATAN :-

12 MAC 2016         KUL / SYD       2340 – 0945 (+1)         D7 222

17 MAC 2016         SYD / KUL       1155 – 1730                 D7 223

HARGA PAKEJ :-

Dewasa : RM 5,580.00 Sebilik berdua / bertiga

Kanak2  : RM  5,280.00 Sebilik bersama 2 orang dewasa

PAKEJ TERMASUK :-

~ Tiket penerbangan beserta makan dalam pesawat.

~ Bagasi pergi dan balik 20kg seorang

~ Semua cukai lapangan ~ Penginapan di hotel 3*

~ Visa  ~ Bayaran masuk ke tempat lawatan

~ Tip driver/guide ~ Makan seperti yg terdapat dalam aturcara

~ Insuran berkumpulan ~ Cendrahati dari QS TRAVEL SERVICES

PAKEJ TIDAK TERMASUK :-

~ lebihan bagasi   ~ perkara yang tidak terdapat dalam aturcara

* Harga dan Aturcara tertakluk pada perubahan semasa*

 

PENDAFTARAN & BAYARAN :-

~ Deposit RM2,000.00 setiap peserta semasa pendafatran

beserta salinan passport.

~ Cara bayaran : Tunai / Cek / Online

~ Bayar kepada : QS TRAVEL SERVICES SDN BHD

~ Bank / Akaun no : MAYBANK ( 555 126 101 685 )


Powered by suiteholiday suite holiday.com