Banda Aceh 4H3M 16-19 March 2016

Banda Aceh, Banda Aceh City, Aceh, Indonesia (0)
from/per person MYR1,280.00
  • Full Board Tour
  • Flight
  • Groups Allowed
  • Meals
  • Tour
  • Tour Guide
  • Transport
banda-aceh
banda-aceh
banda-aceh
banda-aceh
banda-aceh

Description

HARI 01 KUALA LUMPUR – ACHEH     (MT ONBOARD/MM)

Berkumpul di KLIA2, 2 jam lebih awal sebelum daftar masuk. Tiba di Lapangan Terbang Sulthan Iskandar Muda, peserta akan ditunggu oleh wakil rasmi kami di sana dan peserta terus dibawa melawat ke Muzium Acheh dan Taman Makam Tsunami – satu perkuburan besar yang menghimpunkan seramai 46,718 orang mangsa-mangsa Tsunami dalam satu liang lahat. Ia juga sebagai mengingati peristiwa penuh bersejarah yang berlaku pada 26 Dis 2004. Selepas makan  tengah hari dan solat, Daftar masuk hotel dan bersiap-siap untuk solat Maghrib di  Masjid Baitulrrahman. Makan malam di restoran tempatan dan balik ke hotel. Acara bebas.

HARI 02 ACHEH           (S/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan hari ini peserta akan di bawa melawat ke Muzium Tsunami yang menyingkap dan menyimpan beribu kenangan kejadian Tsunami. Reka bentuk Muzium yang agak sempit dan gelap diantara dua dinding berair di permulaan jalan masuk dan berbumbungkan bentuk ombak memberi suatu impak atau perasaan yang seakan – akan peserta sedang berada di situasi kejadian.   Kapal Atas Rumah, telah menyelamatkan seramai 59 orang mangsa Tsunami, kapal ini telah tersangkut di atas salah sebuah rumah masyarakat kampung. Uniknya pada masa kejadian jam dinding tuan rumah ini juga terhenti pada saat Tsunami melanda. Jam dinding itu masih utuh dan elok sehingga sekarang. Istimewanya hari ini para peserta akan makan tengah hari di rumah salah seorang mangsa Tsunami yang tidak jauh dari tempat lawatan. Solat di Masjid Al – Makmur yang dibina khas oleh kerajaan Oman dan melawat ke Kapal Apung seberat 2,600 tan yang telah dibawa arus sejauh 5km dari tempat pelabuhannya. Menikmati jagung bakar dan air kelapa di tepian Pantai Ulee – Lheeu sambil menunggu waktu solat Maghrib . Masjid Baiturrahim berada 50m dari kawasan pantai. Makan malam dan acara bebas setibanya di hotel.

HARI 03 ACHEH (S/MT/MM)

Sarapan, lawatan ke Putore Phang, kerabat di Raja Pahang yang telah dikahwini oleh Sultan Iskandar Muda Acheh telah dihadiahkan binaan “Gunongan” kepadanya atas kesedihan dan rasa rindu yang teramat pada tanah airnya. Desa Gurah, tidak lengkap lawatan di Banda Acheh jika tidak sampai disana. Kubah yang terdampar di sawah padi seberat 80 tan ini, telah dihanyutkan oleh gelombang Tsunami dari Masjid Jamik Deasa LamTeungoh ke Desa Gurah sejauh 2.5 km. Kubah ini bukan sahaja telah menyelamatkan Naskah-naskah Al-Quran , mangsa yang berpauh bahkan ianya telah menjadi bukti bisu akan besarnya kekuasaan Allah dan dasyatnya gelombang Tsunami yang melanda penduduk  Banda Acheh. Makan tengah hari di restoran tempatan dan bersolat.  Lawatan diteruskan lagi ke Rumah Cut Nyak salah seorang Pahlawan Wanita Acheh  dan membeli belah di Pasar Acheh.  Sebelum ke Pantai Lampuuk / Iloknga  melihat matahari terbenam singgah sebentar di Masjid Rahmatullah yang terselamat dari gelombang Tsumani walaupun perkampungan disekelilingnya telah rosak dan hancur keseluruhannya. Masjid ini juga telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia akan keutuhannya yang terselamat dari bencana.  Makan malam dan balik ke hotel.

HARI 04             ACHEH – KUALA LUMPUR (S/MT ONBOARD)

Daftar keluar dan besarapan. Lawatan terakhir ke Rumah Anak-anak Yatim Nurul Huda, beramah mesra dan memberi sedikit sumbangan, jika ada. Makan tengahari di restoran tempatan sebelum di hantar ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda untuk penerbangan balik.

PAKEJ TIDAK TERMASUK :-

  • Perbelanjaan peribadi
  • Lebihan bagasi
  • Lawatan Tambahan
  • Perkara yang tidak terdapat dalam aturcara

PAKEJ TIDAK TERMASUK :-

  • Perbelanjaan peribadi
  • Lebihan bagasi
  • Lawatan Tambahan
  • Perkara yang tidak terdapat dalam aturcara

TOUR INFO (16-19 MARCH)

JADUAL PENERBANGAN:-

KUL-BTJ   AK 421   16MAR    0755-0825

BTJ-KUL   AK 422   19MAR   1410-1640

HARGA PAKEJ 

Dewasa :  RM 1,280.00    (Berdua / bertiga sebilik )

Kanak2 :  RM 990.00       (Berkongsi bersama 2 dewasa )

PAKEJ TERMASUK :-

~ Tiket penerbangan beserta bagasi 20kg  ~ Semua cukai lapangan

~ Tipping guide / driver  ~ Pengangkutan lawatan


Powered by suiteholiday suite holiday.com