Percutian Keluarga Jakarta Bandung Di Safari Bogor, Bandung Transtudio Dan Kawah Putih

Bila memikirkan tentang beristirehat yang menyegarkan, Jakarta dan Bandung di katakan banyak menyediakan suasana dan iklim kesegaran kepada sesiapa sahaja. Kesegaran yang di hirupi itu akan sentiasa menjadi kenangan yang akan membuatkan kita begitu teruja dan mahu terus berkunjung ke bandar-bandar berkenaan.

Selepas penat bekerja, ambilah cuti sejenak dan sertailah pakej MAKAN ANGIN JAKARTA BANDUNG 4 HARI 3 MALAM  dengan kunjungan di tempat-tempat menarik di Jakarta dan Bandung. Di samping melihat suasana sekeliling yang boleh mendekatkan kita kepada kejadian alam, kita juga dapat memilih ole-ole pilihan hati  di pusat-pusat membeli belah.

Siapa yang boleh melupakan Cibaduyut, Pasar Baru, Rumah Mode, Le Grande, Mangga Dua, Cempaka Mas dan Juga Tanah Abang. Semua tempat-tempat ini akan memberikan keceriaan  dan akan meminggirkan rasa kepenatan yang sebelum ini menyelubungi diri akan beban kerja yang tidak pernah meringgankan.

Hari 1: Kuala Lumpur-Jakarta-Bandung (MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang LCCT. Tiba di Lapangan terbang Soekarno Hatta Airport, Jakarta dan terus ke Taman Safari Bogor.

Bukan sekadar bercuti di luar negara tetapi anda berhadapan dengan pengalaman-pengalaman yang menakjubkan. Cuba bayangkan bila anda berhadapan  secara langsung dengan singa, harimau, harimau bintang, harimau putih, orang utan, badak sumbu, badak air, biawak komodo sama seperti yang pernah disaksikan dalam televisyen. Kali ini anda sendiri mengalaminya di Safari Bogor, sebuah safari yang bertaraf dunia.

Agak menyeramkan tetapi anda tidak perlu bimbang kerana anda berada di dalam kenderaan. Anda sama sekali tidak boleh menurunkan cermin kereta tetapi anda boleh bertentang mata dengan sang harimau. Lihat siapa yang boleh berpandangan lebih lama tanpa berkelip mata- anda atau harimau!

Namun begitu anda tetap dapat berpeluang memegang harimau tetapi hanya anaknya sahaja yang masih dalam penjagaan pihak safari. Berhadapan sendiri secara real dengan binatang adalah sesuatu yang boleh menjadi kebanggaan. Mungkin tidak ramai yang mahu mempercayai cerita anda kerana keadaan seperti itu hanya terdapat di Afrika sahaja tetapi sekarang ianya berada tidak jauh dari negara anda. Safari Bogor menjamin kehebatan dan kepuasan untuk anda sekeluarga.

Di samping binatang buas anda juga akan turut terhibur dengan gelagat binatang-binatang pemakan daun seperti kuda belang, zirafah, unta dan banyak lagi. Bintang ini tidak di kurung seperti dalam zoo tetapi bebas berkeliaran dan anda boleh mendekatinya. Sudah tentu anda juga akan terhibur dengan pertunjukan  yang di pentaskan oleh gajah dan lain-lain pertunjukan. Namum pertunjukan wild wild west- kisah cowboy seperti dalam TV turut mendapat sambutan.

Kanak-kanak akan lebih selesa di tempat ini kerana Safari Bogor juga mencerita tentang alam dan binatang seperti perawatan, pembenihan, penjagaan dan sebagainya. Namun ianya lebih menghiburkan lagi dengan terdapatnya permainan idaman seperti jet coaster, merry go round, giant wheel, skylift, rumah hantu dan aktiviti  menunggang kuda dan berpuluh lagi permainan. Semuanya adalah hidangan yang begitu menarik untuk percutian anda sekeluarga. Sebagaimana biasa semua permainan ini di kenakan bayaran yang tidak membebankan.

Tidak cukup dengan itu anda dan keluarga boleh menerokai taman The Jungle yang terletak tidak jauh dari Safari. Tamanair ini di reka untuk memberi kepuasan kepada pengunjungnya tidak kira dewasa ataupun kanak-kanak. Semuanya pasti basah dengan pelbagai jenis permainan yang di sediakan.

Antaranya:

Fountain futsal: Disini Anda dapat bermain futsal di lapangan yang akan menyemburkan air dari lubang-lubang di bawahnya. Bahkan tiang golnya juga daripada air. Tapi mereka tidak menyediakan bola, jadi persiapkan bola anda dari rumah.

# Kiddy Pool: Terdapat dua buah kolam kanak-kanak, yang di dalamnya terdapat aneka permainan seperti : mini slider, water bucket, water canon dan jungkat-jungkit. Seringnya kanak-kanak akan terhibur dengan aktiviti di kolam ini.

# Lazy River: Kolam arus yang akan membawa pengunjung berkeliling taman seakan mengarungi sungai di hutan Arizona yang berliku-liku. Untuk menikmati aktiviti hebat ini peserta perlu menyewa ban.

# Giant Aquarium : Aquarium raksasa berisi aneka ikan air tawar dari berbagai penjuru dunia, diantaranya adalah : Kapiat Albino, Tiger fish, long fish, Gulsom, Lohan. Kita dapat melihat aquarium ini ketika mengarungi lazy river.

# Bird Park : Taman ini menampilkan aneka burung seperti cenderawasih, kakatua, garuda, rajawali, merak dan jenis lainnya. Lengkap dengan informasi negara asalnya dan makanannya.

# Leisure Pool: Kolam untuk orang dewasa yang berukuran tidak terlalu besar, tapi disana terdapat water massage, jadi anda dapat duduk santai sambil dipijat oleh semprotan air dari tempat duduk, wah..enak..enak… Disini juga terdapat net untuk volley air.

# Race Slide : Empat jalur luncuran yang dapat digunakan untuk balapan meluncur ke bawah. Boleh mencuba dengan posisi duduk, atau menirap (menggunakan karpet khusus yang dapat dipinjam )

# Spiral Slide & Tube Slide: Ini adalah permainan agak mencabar dari The Jungle, yaitu luncuran dari ketinggian 12 meter, yang akan mengajak kita berputar2 sebelum jatuh ke kolam. Spiral slide memiliki atap terbuka sehingga dapat melihat pemandangan di luar, sedangkan tube slide tertutup sama sekali. Lebih banyak orang menyukai Tube Slide. Untuk menikmati aktiviti ini, Anda perlu menyewa ban, dan masa yang di berikan agak lumayan panjang.

Pada petangnya terus menuju ke Kota Bandung untuk singgah membeli belah sebelum check in masuk ke hotel untuk istirehat.

Hari 2: Bandung – Kawah Putih di Ciwidey & Membeli Belah (MP/MT/MM)

Selepas sarapan berangkat ke kawasan pergunungan untuk melihat Kawah Putih-bekas gunung berapi. Anda dapat melihat dari jarak dekat keindahan nya. Di dalam kawah itu terdapat air yang putih jernih dan kebiru-biruan.

Perjalanan anda kembali melalui kawasan pergunungan kampung pertanian yang menghijau diCiwidey. Sebelum tiba di Bandung singgah untuk makan tengah hari di restoren Sunda Sindang Reret bertempat di Saung Sawah di sebuah perkampungan pertanian Ciwidey. yang mengusahakan tanaman sayur2an, Ladang Teh, Strawberry dengan di jamukan permandangan yang menghijau.

Hari 3: Bandung – Bandung Transtudio Dan Seharian ‘bershopping’ di Kota Bandung (MP/MT/MM)

Pada pagi berangkat terus ke Transtudio Bandung, Indoor Theme Park Terbesar Dunia.

Studio Central

Menyusuri Kawasan ini dan lihat siapa artis yang ada di Walk of Fame ? . Anda akan dimanjakan oleh arsitektur-arsitektur Hollywood bergaya 60-an. Anda seolah melangkah di pusat hiburan. Temukan juga Bintang kegemaran mu seperti Marlyn Monroe

Lost City

Di kawasan ini anda akan menempuh perjalanan yang hebat. Selamatkan Kru Trans TV dalam ekspedisinya, masuki hutan rimba dalam safari track.Semua yang menarik akan menjadi bagian dari penjelajahan anda. Explore the Lost City!

Magic Corner

Keajaiban bermula dari sini. Sentuhan ajaib yang akan mempesonakan perjalanan anda. Anda akan hanyut dalam sensasi yang ada di sini. Perjalanan yang ajaib membuat anda begitu yakin apa yang ada didepan mata. Satu –satunya tempat penuh keajaiban, yang menggembirakan dan menakjubkan.

Setelah puas di Transtudio Bandung terus sahaja bergerak untuk membeli belah di Pasar Baru Bandung dan Factory Outlet’ Jalan Dago, Rumah Mode, pusat jeans/leather-Ciampelas dll. Makan tengahari dan makan malam akan disediakan.

Bandung yang di kenali kota budaya turut di berikan gelaran Paris Van Java, suatu gelaran yang menampak kehebatan Bandung sebagai kota yang begitu moden, dinamik dan di minati ramai.

Bandung juga turut menghidangkan kepelbagaian dalam kegiatan hariannya seperti pelancongan dengan alam semulajadi yang begitu mempesonakan. Bandung juga di kelilingi banjaran gunung berapi dan bukit bukau yang turut mendapat perhatian pelancong.

Namun begitu Bandung juga di kenali sebagai kota yang menghidangkan pelbagai produk dengan harga yang begitu murah. Tidak hairanlah di mana sahaja kita berada kita akan bertemu dengan orang ramai yang berpusu-pusu membeli belah. Antara tempat yang begitu popular untuk membeli belah di Bandung ialah Pasar baru, factory outlet, Jalan Dago, Jalan Braga dan banyak lagi.

Hari 4: Bandung-Jakarta (MP/MT/MM)

Selepas sarapan, check out dan berangkat ke Jakarta. Jakarta juga adalah syurga membeli belah. Pusat-pusat membeli belah yang besar dan kecil tumbuh macam cendawan di Jakarta dan juga bandar-bandar di sekitarnya. Tempat-tempat yang di cadangkan ialah pusat pemborongan Tanah Abang,  pusat tekstil Mayestik, Mangga Dua, Chempaka Mas, Blok M dan mungkin banyak lagi kalau waktu mengizinkan.

PENERBANGAN DAN HARGA:

TARIKH PERTAMA: 04-07 March 2012 = RM1380/Seorang Dewasa

TARIKH KEDUA: 10-13 March 2012 (CUTI SEKOLAH) = RM1480/Seorang Dewasa

……………………………………………………………

TARIKH KETIGA:

Greeting from QS Travel Services Sdn Bhd.

Let,s Take A Break!! Join us to Bandung 4d3n RM1380.00

13-16 May, 2012 (ticket + ground) With 50% Bandung Trans Studio Ticket @ RM30/-only

First Come First Serve Basis

ctc : 012 2186890

……………………………………………………………

TARIKH SENDIRI – ATAU SUDAH MEMPUNYAI TIKET PENERBANGAN ? : SILA ISIKAN BORANG DISEBELAH UNTUK SEBUT HARGA!

Nota* Harga tertakluk kepada sebarang perubahan. Tempahan dialu-alukan dibuat awal kerana harga tiket penerbangan akan melambung tinggi sempena musim cuti persekolahan. Deposit RM500/Seorang jika berminat. Borang isian tempahan dibawah.

Harga Termasuk:

- Penginapan di hotel 3* atau setaraf dengannya.

- Pengangkutan seperti dalam aturcara.

- Makanan halal seperti dalam aturcara.

- Bayaran masuk ke tempat-tempat yang dilawati seperti dalam aturcara.

- Pemandu pelancong dan pemandu pelancong.

Harga TIDAK Termasuk:

- Tip untuk pemandu pelancong & pemandu bas.

- Insuran Peribadi.

- Cukai Lapangan Terbang dari Jakarta.

- Segala perkhidmatan tambahan di hotel.

Enhanced by Zemanta



Fill out my online form.



Comments

  1. siti says:

    salam…… pakej ini ada tak bulan 6 cuti sekolah?…… utk 4 org pakej ni

  2. admin says:

    hi siti, pakej ini ada sepanjang tahun. untuk dapatkan harga anda sila isikan di borang online > http://suiteholiday.com/request-your-tour-quote-here/

  3. Liz says:

    Sy bercadang utk melancong ke bandung pada 5-8 november 2012 bersama keluarga (8 dewasa 1 kanak2). Boleh dapatkn quotation untk pemandu n sewa kereta di sana. Saya bercadang untuk shopping dan juga ke trans studio atau pihak tuan ada pakej yang bersesuaian untuk saya. Tq

  4. admin says:

    Liz , sila masukkan permintaan quote anda di borang yg telah disediakan di http://www.suiteholiday.com , tq