Pakej Lawatan Saigon Ho Chi Minh Vietnam 10-13 March 2012

 

 

Pakej melancong Saigon Ho Chi Minh Vietnam

Tarikh Berlepas: 10-13 March, 2012 (Cuti Sekolah)

Hari Pertama – Kuala Lumpur – Saigon  (MM)

Berada di airport 2jam sebelum penerbangan. Wakil kami akan menunggu anda di airport Saigon.

Hari Kedua – Terowong Chu Chi – Ben Thanh shopping (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pelancong akan dibawa terus menuju ke Terowong Chu Chi yang terletak 75 km dari Bandar Ho Chi Minh. Terowong tersebut sepanjang 210 km yang digunakan sebagai kubu semasa perang Vietnam dahulu. Pelancong boleh menimba pengalaman menembak menggunakan senjata api berpeluru hidup dengan bayaran tertentu. Setelah balik ke Ho Chi Minh city makan tengahari di Restauran Four Season. Selepas itu perjalanan diteruskan melawat ke ‘Presidential Palace and Ar-Rahim Mosque’. Sebelah petang pelancong membeli-belah di Ben Than Market yang mempunyai pelbagai barang-barang perhiasan, cenderhati, pakaian, aksesori dan pelbagai lagi. Makan malam di Restauran Halal Saigon.

Hari Ketiga – My Tho City – free shopping (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, pelancong akan dibawa melawat ke My Tho, pusat Bandar Tien Giang Province yang mengambil masa selama 2 jam perjalaan dari Bandar HoChiMinh. Pelancong akan dibawa menaiki sampan panjang melalui denai-denai di Sungai Mekong dan melawat dusun buah-buahan serta melalui 4 pulau yang cantik, Long, Lan Qui, Phong. Pelancong akan singgah di Thoi San Land dan berhenti di rumah Mr Nam Ngo’s untuk dijamu dengan buah-buahan mengikut musim ketika itu. Minuman istimewa (teh dicampur madu) dihidangkan untuk menambah tenaga dan menghilang dahaga. Sambil itu alunan muzik tradisional dimainkan untuk memeriahkan suasana. Lawatan diteruskan dengan melawat ladang ternakan lebah di Ben Tre Province dan makanan berasaskan kelapa. Makan tengah hari di Restauran Halal Vietnam dan membeli-belah di Saigon. Makan malam di Restauran Halal Seripenang.

Hari Keempat – Saigon – Kuala Lumpur (SP/MT)

Selepas sarapan, check-out dari hotel dan meluangkan masa untuk melawat kota Saigon atau shopping lagi sebelum berada di airport.

Waktu lawatan akan berubah mengikut keadaan dan nasihat Pemandu pelancong tetapi tempat-tempat lawatan tidak berubah.

Enhanced by Zemanta



Fill out my online form.



Comments