Lawatan Muslim ke Hong Kong, Shenzhen & Guangzhou

HARI 01 KUALA LUMPUR – SHENZHEN – HONG KONG (MT/MM)

Berkumpul di KLIA 3jam sebelum berlepas. Penerbangan ke Shenzhen dengan menaiki Penerbangan Shenzhen Airline. Wakil kami menunggu di lapangan terbang Shenzhen dan terus meneruskan perjalanan ke Hong Kong menaiki keretapi express. Makan tengahari. Lawatan sekitar Bandar Hong Kong. Melawat ke Dataran Bauhinia, Avenue of Stars, Madame Tussaue dan Victoria Peak dan Masjid Hong KOng. Makan malam dan daftar masuk ke hotel untuk menginap.

HARI 02 HONG KONG – SHENZEN (S/MT/MM)

Selepas arapan pagi daftar keluar dari hotel dan peserta akan dibawa ke J. C Jewellary, Masjid Hong KOng dan acara membeli belah di sekitar Bandar. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Shenzen. Tiba di Shenzhen, makan malam di Muslim restoran & daftar masuk hotel.

HARI 03 SHENZHEN – GUANGZHOU (S/MT/MM)

Selepas sarapan, memulakan lawatan ke Splendid China yang amat menyeronokan. Di sini peserta dapat menyaksikan pelbagai arca peninggalan sejarah, kebudayaan, seni, ukiran dan sebagainya. Seni taman Suzhou yang unik seperti Arca Tembok Besar China. Makan tengahari dan membeli belah di sekitar kawasan Luohu. Meneruskan perjalanan ke Guangzhou. Makan malam dan menginap di Guangzhou.

HARI 04 GUANGZHOU (S/MT/MM)

Selepas sarapan, memulakan lawatan ke Taman Yue Xiu – taman yang terbesar di Guangzhou yang mempunyai keluasan seluas 860,000 meter persegi. Taman ini mempunyai 3 buah tasik buatan dan tujuh buah bukit di Gunung Yuexiu. Ia juga terkenal dengan Menara Zhenhai dan arca Five Rams. Lawatan diteruskan ke Makam Saad bin Abi Waqas dan solat di Masjid Guang Ta. Petang, meneruskan perjalanan ke Shenzhen. Makan malam dan menginap di Guangzhou.

HARI 05 GUANGZHOU – SHENZHEN (S/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke Tugu peringatan Dr Sun Yat-Sen, hasil sumbangan oleh penduduk tempatan dan luar China. Makan tengahari di restoran Muslim tempatan. Solat di Masjid. Membeli belah di sepanjang Jalan SHangxiajiu dan Jalan Beijing. Meneruskan perjalanann ke Shenzhen. Makan malam disediakan dan daftar masuk ke hotel.

HARI 06 SHENZHEN – KUALA LUMPUR (S/MT)

Sarapan. Membeli belah di sekitar Bandar Shenzhen. Selepas makan tengahari peserta dihantar ke lapangan terbang dan meneruskan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Aturcara dan harga tertakluk kepada perubahan semasa.

Enhanced by Zemanta



Fill out my online form.



Comments

  1. daegil says:

    - Berapa harga pakej keseluruhan (kos penerbangan pergi/balik, penginapan, makan- minum, etc) untuk 2 dewasa & 1 kanak-kanak?

  2. admin says:

    dear daegil, please send request on online form here : http://suiteholiday.com/request-your-tour-quote-here/