Lawatan Ke Lake Toba Medan

HARI 01: LCCT – MEDAN – PARAPAT ( MT, MM )

Para peserta dikehendaki berkumpul sekurang-kurangnya 3 jam sebelum berangkat. Setibanya di lapangan terbang Polonia Medan, anda akan dibawa oleh perwakilan kami berangkat menuju Parapat. Sebelum itu, melawat sekitar Bandar Medan. Lawatan dimulakan ke Istana Maimun untuk melihat Kesultanan Deli yang dibina sekitar tahun 1888. Singgah membeli belah di kerajinan Batik untuk membeli kain batik, sarung dan sebagainnya. Perjalanan ke Parapat diteruskan selepas makan tengahari. Dalam perjalanan singgah di kedai yang menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti Teng-Teng, Ting-Ting dll. Tiba di Parapat, dihantar ke hotel untuk istirahat. Makan malam disediakan.

HARI 02: PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – PARAPAT – BRASTAGI ( S, MT, MM )

Setelah sarapan pagi, daftar keluar hotel. Para peserta akan dibawa menaiki feri selama 45 minit untuk meneruskan lawatan ke Perkampungan orang-orang Batak yang di perkampungan Tomok. Di sini terdapat kuburan Raja Sidabutar. Lawatan diteruskan juga ke Perkampungan Ambaritha. Disini peserta dapat melihat kerusi dari batu dan tempat sejarah Raja Siallagan.

Kembali semula ke Parapat untuk makan tenghari. Perjalanan diteruskan ke Brastagi. Dalam perjalanan singgah untuk menikmati minuman tradisi Teh halia dan pisang goring (biaya sendiri oleh peserta) yang enak. Sebelum tiba di Brastagi, lawatan diteruskan untuk melihta keindahan Air Terjun Sipiso-piso yang mempunyai ketinggian setinggi 110 meter. Tiba di Brastagi, singgah di Pasar Buah-buahan dan bunga. Daftar masuk ke hotel dan makan malam.

HARI 03: BRASTAGI – MEDAN ( S, MT, MM )

Setelah sarapan pagi daftar keluar dari hotel, dilanjutkan perjalanan ke Medan semula. Perjalanan mengambil masa selama hampir 2jam. Tiba di Medan, singgah di kedai penjualan pelbagai cenderamata dan pelbagai kedai Batik. Selepas makan tengahari, membeli belah di pasr Ikan Lama, Plaza Medan fair dan Sun Plaza. Makan malam dan daftar masuk ke hotel.

HARI 04: MEDAN – KUALA LUMPUR / LCCT ( S )

Setelah sarapan pagi, daftar keluar dari hotel dan dihantar ke lapangan terbang untuk meneruskan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


“Medan, Lake Toba & Berastagi, Sumatra, Indonesia. A simple vacation trip to long time forgotten, Lake Toba. Landed at Polonia International Airport, Medan from Kuala Lumpur. Straight away took a bus to Parapat. Making a few pit-stop along the way. It was 200 km journey but took about more than 4 hours plus to reach due to road condition and traffic. We took a boat to Simosir Island thru Lake Toba. Stopping at Ambarita and Tomok.  After lunch headed Sipiso Piso Waterfall and straight to Berastagi. Reach there about 6 pm  Berastagi. Stay one night and go to Volcano Hot Spring after midnight. Tomorrow morning journey bank to Medan and Stopping at Pasar Ikan  and then to the hotel. Mainly sight seeing and shopping at Medan before we went back.  “

From Medan Lake Toba, posted by Suite Holiday on 1/06/2010 (125 items)

Generated by Facebook Photo Fetcher


Enhanced by Zemanta



Fill out my online form.