Lawatan Ke Jakarta Bandung

HARI 01 KUALA LUMPUR – JAKARTA – BANDUNG (MT/MM)

Anda dimestikan berada di lapangan terbang 3 jam lebih awal sebelum berlepas. Wakil kami akan memberikan sedikit taklimat ringkas.

Tiba di Jakarta, selesai urusan kastam & imigresen, anda akan di tunggu oleh wakil rasmi kami dan meneruskan perjalanan ke Bandung melalui Lebuhraya Cipularang. Tiba di Bandung, makan tengahari & solat. Membeli pelbagai jenis Jeans di Toko 3, mencari pelbagai barangan kulit di sepanjang Jalan Cibaidiyut dan terus ke Rumah Mode, salah satu factory outlet yang besar di Bandung.

HARI 02 BANDUNG (S/MT/MM)

Selepas sarapan, memulakan lawatan ke Tangkuban Perahu yang popular dengan lagenda Dayang Sumbi dan Sangkuriang. Makan tengahari dan solat. Membeli belah di sepanjang Jalan Cihempelas, Jalan Dago dan Diaz. Makan malam dan menginap.

HARI 03 BANDUNG – JAKARTA (S/MT/MM)

Selepas sarapan daftar keluar dari hotel. Membeli belah di ITC Pasar Baru, Elizabeth – tempat jualan beg dan kasut kulit. Makan tengahari dan berbelanja lagi di sepanjang jalan Riau. Petang, meneruskan perjalanan ke Jakarta. Tiba di sana, makan malam dan daftar masuk ke hotel.

HARI 04 JAKARTA – KUALA LUMPUR (S/MT)

Selepas sarapan daftar keluar hotel. Masih berkesempatan membeli belah di ITC Cempaka Mas dan Mangga Dua. Makan tengahari disediakan. Petang, bersiap sedia untuk dihantar ke lapangan terbang. Meneruskan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


“Membeli belah di Kota Bandung adalah antara kegemaran pelancong-pelancong dari Malaysia. Rakyat Malaysia juga adalah merupakan pelancong paling ramai melawat Bandung setiap tahun. Terlalu banyak barangan jualan di Bandung dimana harganya tersangat murah dan berkualiti. “Factory Outlet” adalah tujuan utama pelancong ke sini untuk mendapatkan barangan jeans, kulit dan banyak lagi.”

From Bandung (shopping), posted by Suite Holiday on 4/26/2009 (22 items)

Generated by Facebook Photo Fetcher


Enhanced by Zemanta



Fill out my online form.



Comments

  1. Leez says:

    Nak tanya brp harga utk pakej ni ya,,TQ

  2. admin says:

    Dear leez, you must fill online request quote form. Please go to link below fill up and submit. http://suiteholiday.com/?page_id=44

  3. Norhaidah S says:

    Please quote your best price for Jakarta/Bandung package (flight ticket/accommodation/transportation). Date going 24/01/2012 and returning 27/01/2012 for 15 ppl. What is the price to include sightseeing to “kampung”?

  4. admin says:

    Dear Norhaidah,

    Please request your quote with online form given

    http://suiteholiday.com/request-your-tour-quote-here/

    Regards
    Team